MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perlis

Sekolah Kebangsaan Oran

Location:
Sekolah Kebangsaan Oran, Jalan Mata Ayer

Mata Ayer
02500, Perlis
Malaysia
Tel: Tel: 04-938 1991
Fax: Faks: 04-9381991
 
Website:
Price: Affordable
Category: 
Primary School
Internet: Wired

           Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1918 oleh Tuan Syed Abdul Rahman b. Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Penghulu Dato’ Habib. Semasa mula ditubuhkan, ia dikenali sebagai Sekolah Melayu Oran. Penghulu Dato’ Habib telah mendapat bantuan dari penduduk kampung untuk mendirikan bangunan di atas tanah 2 relung milik beliau yang diwakafkan.

        Bangunan pertama yang dibina adalah bangunan yang berbentuk petak, berbumbung atap rumbia dan tidak berdinding. Bangunan ini didirikan atas tanah terbiar. Seramai 60 orang murid lelaki menjadi murid-murid pertama sekolah ini. Pada tahun 1928, bangunan baru telah dibina untuk menggantikan bangunan lama yang telah uzur. Bilangan murid ketika itu telah meningkat dan akhirnya persekolahan dibuka untuk murid-murid lelaki dan perempuan. Pada tahun 1936, sebuah lagi bangunan baru didirikan kerana pertambahan murid yang amat menggalakkan.. Guru Besar ketika itu, Encik Mustafa b Saad telah memperkenalkan pakaian seragam sekolah. Pakaian seragam ini terdiri dari baju kemeja atau baju kurung berwarna putih dan seluar pendek serta kain sarung berwarna biru.

         Semasa Jepun memerintah Tanah Melayu (1941 – 1945), sekolah ini telah diambil alih pentadbirannya dan pendidikan berbahasa Jepun diperkenalkan. Ramai yang mampu bertutur dalam Bahasa Jepun dengan baik ketika itu. Selepas Jepun menyerah kalah, pentadbiran sekolah kembali diterajui oleh orang Melayu.

Pada tahun 1948, sekolah ini mencatat sejarah kegemilangan apabila 2 murid lelakinya terpilih untuk melanjutkan pelajran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar ( MCKK – Malay College Of Kuala Kangsar ). Seorang murid perempuannya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Malay Girls College. Kejayaan ini diraikan semua penduduk sekitar Mata Ayer. Derma dan bantuan dikumpulkan bagi membolehkan murid-murid ini belajar di sekolah elit. Bermula tahun 1960-an, lebih banyak bangunan konkrit dibina. Jumlah murid juga meningkat. Sehubungan itu, lebih banyak kemudahan disediakan oleh pihak British bagi membolehkan sekolah ini menampung peningkatan dan kesedaran memberi pendidikan formal di kalangan masyrakat setempat.

      Kini, sekolah ini mempunyai 6 blok bangunan. Dalam Rancangan Malayisia ke-9, sekolah telah mendapat tambahan 2 bangunan 4 tingkat yang mengandungi 8 bilik darjah serta bilik-bilik khas yang akan memberi kemudahan pembelajaran kepada 000 orang murid. Pihak pengurusan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran ialah seorang Guru Besar, 3 orang Penolong Kanan, 40 orang guru, 3 orang kerani, 1 orang pembantu pejabat, 3 pekerja rendah awam dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah.