MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Kangar

FA Perlis buat laporan SPRM, tapi tidak rasmi

KANGAR - Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) ada membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi ia adalah secara tidak rasmi, demikian menurut Pengurus Pasukan Liga Perdana Perlis, Azhar Ahmad.

Menurut beliau, seorang pegawai SPRM dipanggil secara tidak rasmi oleh PFA untuk mendengar penjelasan pemain mengenai dakwaan berlaku rasuah bola sepak pada 14 Januari lalu.

“PFA akan membuat laporan secara bertulis kepada SPRM selewat-lewatnya minggu ini bagi memastikan kes ini betul-betul tulen dan tidak direka cerita,” katanya sewaktu ditemui media selepas tamat perlawanan Perlis menentang Pahang yang berkesudahan seri 2-2 di Stadium Utama, di sini malam tadi.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah SPRM Perlis, Alias Daud menafikan sebarang aduan dikemukakan mana-mana pihak termasuk PFA mengenai dakwaan terdapat seorang pemain pasukan itu dipanggil untuk disoal siasat kerana disyaki menjual perlawanan membabitkan Perlis dan Majlis Perbandaran Muar (MPM) 9 Januari lalu.

Azhar turut mengesahkan hanya seorang permainan pertahanan Perlis yang dipanggil polis untuk diambil keterangan dan bukannya ditangkap sehingga kini.

“PFA tidak pernah melaksanakan sebarang tindakan tata tertib terhadap mana-mana pemain yang disyaki terlibat memandangkan kes ini masih dalam proses siasatan.

“Kita masih tidak tahu siapa yang salah dan siapa yang betul. Justeru, PFA menyerahkan kepada polis dan SPRM untuk mengambil langkah susulan menyiasat perkara ini,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kenyataan Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat pembabitan bookie dalam kegiatan mengatur perlawanan liga di bawah persatuan itu secara menyeluruh.

Menurutnya, gesaan itu dibuat berikutan terdapat seorang pemain pasukan Liga Perdana Perlis yang didakwa dipanggil SPRM baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menjual perlawanan membabitkan perlawanan itu dengan MPM FC.

Bagaimanapun, dakwaan PFA dinafikan Pengarah SPRM Perlis, Alias Darus dan menyebut tiada sebarang aduan diterima dan hanya mendapat tahu mengenai isu jual perlawanan membabitkan pemain Perlis menerusi laporan media.

Sumber-sinar harian

Nearby Location

Restaurants
Name Distance Direction
Hai Thien Seafood Show Direction