MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perlis

Latest News for State Perlis in "General"

Diserang sawan sebelum lemas

SEORANG peniaga ditemui lemas ketika melihat hasil pukat di sungai berdekatan sebuah kilang simen, di Chuping, Padang Besar, tengah malam tadi.

Mohd Farid Rahim, 34, ditemui kira-kira jam 12 tengah malam oleh ahli keluarganya yang mencarinya selepas tidak pulang ke rumah.

Difahamkan, mangsa yang keluar dari rumah sejak jam 12 tengah hari kali terakhir dilihat menghantar anak sulungnya berusia 12 tahun pulang ke rumah pada jam 11 pagi selepas pergi memasang pukat di sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abd Ghani berkata, mangsa yang tinggal di Kampung Sungai Buloh, di sini dipercayai diserang sawan sebelum kejadian berlaku.

Panglima ATM, KSU dahului penerima pingat Raja Perlis

Arau: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 282 penerima darjah serta pingat kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis Ke-74, tahun ini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail berkenan mengurniakan Ali dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) membawa gelaran Datuk Seri, di Balairung Seri Istana Arau, di sini, semalam.

Turut menerima SPMP adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

 

Bantah tanam ketum secara komersial

Padang Besar: Polis Perlis secara dasarnya tidak bersetuju dengan cadangan atau usaha sebarang pihak menjadikan ketum sebagai tanaman komersil dan dieksport ke luar negara.

Timbalan Ketua Polis Perlis Asisten Komisioner Noor Mushar Muhammad berkata, pengeksportan tanaman itu pastinya membabitkan kuantiti yang banyak dan dikhuatiri memberi implikasi lebih buruk.

"Usaha itu hanya menguntungkan sesetengah pihak sedangkan kesan mudarat lebih banyak berlaku dalam masyarakat," katanya di sini, hari ini.

Laluan Perkhidmatan MyBAS Di Perlis Distruktur Semula

Laluan perkhidmatan MyBAS di Perlis meliputi laluan antara bandar dan kawasan luar bandar akan distruktur semula dalam masa terdekat, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Makin ramai pelajar minum air ketum

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pengambilan air ketum oleh pelajar terutama di negeri-negeri di utara adalah serius.

Bekalan Daging Untuk Raya Di Perlis Mencukupi

Persatuan Penternak Ruminan Perlis memberi jaminan bekalan daging di negeri ini untuk keperluan Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi.

Beli resit hotel bajet RM10 tetapi tuntut RM160

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan 23 penjawat awam termasuk dua wanita kerana membuat tuntutan palsu sepanjang 2015.

 

2 Wanita Antara 23 Penjawat Awam Ditahan SPRM Perlis

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan 23 penjawat awam termasuk dua wanita kerana membuat tuntutan palsu sepanjang 2015, dalam operasi yang dijalankan pada 24 dan 25 Mei lepas.

Sijil Audit Bersih Bukti TH Diurus Dengan Baik

Pemberian sijil audit bersih kepada Tabung Haji (TH) oleh Ketua Audit Negara bagi 2015 menunjukkan urus tadbir, ketelusan dan kecekapan agensi itu tidak boleh ragui.

Papan markah elektronik RM1 juta tumbang

 

Papan markah elektronik dianggarkan bernilai RM1 juta di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, di sini, rosak selepas tumbang akibat ribut, petang tadi.