MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perlis

Bantah tanam ketum secara komersial

Padang Besar: Polis Perlis secara dasarnya tidak bersetuju dengan cadangan atau usaha sebarang pihak menjadikan ketum sebagai tanaman komersil dan dieksport ke luar negara.

Timbalan Ketua Polis Perlis Asisten Komisioner Noor Mushar Muhammad berkata, pengeksportan tanaman itu pastinya membabitkan kuantiti yang banyak dan dikhuatiri memberi implikasi lebih buruk.

"Usaha itu hanya menguntungkan sesetengah pihak sedangkan kesan mudarat lebih banyak berlaku dalam masyarakat," katanya di sini, hari ini.

Noor Mushar mengambil contoh seperti yang berlaku di Golden Triangle (sempadan tiga negara antara Myanmar, Laos dan Thailand), kawasan tanaman ganja yang didakwa bagi tujuan perubatan namun akhirnya menjadi aktiviti mengaut keuntungan semata-mata.

"Bagi melakukan itu (eksport daun ketum) adalah tidak relevan, sedangkan sudah termaktub dalam undang-undang negara daun ketum dilarang penggunaannya,” katanya.

 

Semalam, RISDA bercadang mendapatkan kebenaran kerajaan untuk menanam ketum secara komersial besar bagi memenuhi industri farmaseutikal negara luar.

Di Alor Setar, Exco Kesihatan negeri Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan RISDA itu kerana bimbang segelintir masyarakat menyalahgunakannya untuk kegunaan peribadi.

Katanya Kedah masih dalam usaha untuk mengawal penanaman daun ketum dan kerajaan negeri mengambil langkah merampas tanah yang dijadikan ladang ketum bagi mengekang salah guna air ketum.

“Masalah dadah dan ubat khayal di Kedah membimbangkan, lebih 3,000 penagih baharu dikesan di Kedah tahun lalu. Bayangkan jumlah itu meningkat apabila kelulusan menanam daun ketum dibenarkan," katanya.

Di Kuala Terengganu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri akan menyokong usaha penanaman daun ketum sekiranya ia terbukti berkesan dalam bidang farmaseutikal dan mendapat permintaan tinggi di luar negara.

Mengenai salah guna tanaman itu, Ahmad Razif berkata perkara itu sudah tentu akan dikaji dengan terperinci dan menjadi keutamaan sebelum ia dilaksanakan.

Di Kuala Lumpur, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan menanam pokok ketum perlu mengambil kira kesannya kepada institusi pendidikan, terutama murid dan pelajar sekolah.

Katanya walaupun belum ditanam secara meluas sudah ada pelajar sekolah yang terbabit dalam penyalahgunaan minuman berasaskan daun ketum.

“Saya harap pilihlah tanaman lain sebab ia mengundang masalah,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

 

Nearby Location

Food Outlet
Name Distance Direction
Hai Thien Seafood Show Direction