MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perlis

Bekalan Daging Untuk Raya Di Perlis Mencukupi

Persatuan Penternak Ruminan Perlis memberi jaminan bekalan daging di negeri ini untuk keperluan Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi.

Pengerusinya Abdullah Nayan berkata sebanyak 500 ekor lembu dari Australia telah dibawa masuk ke Perlis melibatkan 300 ekor untuk keperluan sepanjang Ramadan dan 200 ekor lagi untuk Hari Raya.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata keperluan daging di seluruh negeri pada masa ini ditampung oleh daging yang diimport dari Australia.

Sebanyak 80 peratus keperluan daging di Perlis kini adalah daging import manakala 20 peratus lagi dibekalkan penternak lembu tempatan, katanya.

 

Sumber:mynewshub

Nearby Location

Food Outlet
Name Distance Direction
Hai Thien Seafood Show Direction