MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perlis

Papan markah elektronik RM1 juta tumbang

Papan markah elektronik dianggarkan bernilai RM1 juta di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, di sini, rosak selepas tumbang akibat ribut, petang tadi.

Papan markah itu hanya disedari tumbang pada lewat petang oleh petugas stadium yang memeriksa kelengkapan sukan selepas ribut itu.

Menurut sumber kompleks sukan berkenaan, kejadian dipercayai berlaku sekitar 3 petang ketika seluruh kawasan Kangar dilanda ribut petir.

"Namun ia hanya disedari oleh petugas kompleks sukan berkenaan yang datang memeriksa keadaan kemudahan sukan itu pada lewat petang tadi," katanya.

Menurutnya, papan markah elektronik yang tumbang itu menimpa tebing kolam renang berkenaan menyebabkan tebing itu retak.

"Walaupun begitu, ketika kejadian, air di kolam renang itu tidaklah penuh dan ianya hanya dipenuhi dengan air bertakung kerana hujan yang melanda beberapa hari sebelum ini," katanya lagi.

Papan markah elektronik itu pernah digunakan ketika Sukan Malaysia (SUKMA) dua tahun lalu.

Selain itu, ribut berkenaan turut menyebabkan kanvas bumbung pusat akuatik itu koyak.

Sementara itu, Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Perlis, Syaiful Rizal Mohd Sukri ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut.

 

 

Sumber:mymetro

Nearby Location

Food Outlet
Name Distance Direction
Hai Thien Seafood Show Direction