MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perlis

Ada pemimpin Umno minat masuk GHB

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu mendakwa terdapat pemimpin Umno yang terdiri daripada wakil rakyat serta bekas wakil rakyat menyatakan hasrat untuk menyertai mereka, lapor Utusan Malaysia.

Bekas timbalan presiden PAS yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu itu berkata, ini membuktikan parti baharu yang akan ditubuhkan untuk bersama-sama dengan DAP dan PKR itu diterima banyak pihak.

"Bukan setakat itu, pemimpin Umno (sendiri), bekas menteri (malah) ada wakil rakyat yang telefon dan bertanya boleh ke untuk sertai GHB," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Pada 13 Julai lalu, GHB secara rasmi dilancarkan, dibarisi pemimpin progresif daripada PAS yang sebelum ini tersingkir semasa pemilihan parti pada muktamar bulan lalu.

Mat Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik.

– the malaysian insider, 27 Julai, 2015.

Nearby Location

Food Outlet
Name Distance Direction
Hai Thien Seafood Show Direction