MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perlis

Perlis tetap berazam walaupun serba kekurangan

Perlis berazam memastikan kehadirannya dalam Liga FAM dapat menyumbang pada pembangunan bola sepak tanahair walaupun terpaksa bersaing dalam keadaan serba kekurangan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata perbelanjaan untuk mengharungi Liga FAM sahaja menelan perbelanjaan lebih RM1 juta.

"PFA cuma mendapat tajaan kelengkapan pakaian sukan jenama Corino daripada sebuah syarikat tempatan bernilai lebih RM100,000. Geran FAM tidak cukup untuk menampung sebulan gaji pemain.

Saya dan barisan exco PFA berhempas pulas mencari duit agar Perlis dapat bersaing dalam kancah bola sepak negara serta memastikan mereka bertanding sehingga liga berakhir," katanya apabila ditanya sejauh mana PFA boleh bertahan tanpa sumber kewangan kukuh.

Rozabil berkata demikian pada majlis memperkenalkan pemain, pegawai dan jersi pasukan kepada media di Hotel Brasmana Putra di sini, hari ini.

Katanya 21 pemain merupakan anak jati Perlis yang dicungkil melalui Liga anjuran PFA tahun lepas dan dua pemain sahaja bukan anak negeri daripada 23 pemain yang didaftarkan dengan FAM.

Turut hadir Timbalan Presiden PFA, Azhar Ahmad, bekas pemain kebangsaan Yusri Che Lah yang dilantik sebagai Ketua Jurulatih, Pengurus Pasukan Afifi Osman dan pembantu-pembantu mereka serta Kelab Penyokong Pasukan Perlis.

"Saya sedih kerana surat yang dihantar kepada banyak syarikat korporat memohon bantuan termasuk menjadikan pemain Perlis 'anak angkat' dengan membayar gaji mereka tidak dijawab," kata Rozabil.

Perlis akan menghadapi ujian pertama Piala FA dengan menentang Pulau Pinang di Pulau Pinang petang esok dan menentang Shahzan Muda di Kuantan pada 8 Mac.

PFA menjadi tumpuan tahun lepas apabila pemain mendedahkan kegagalannya menjelaskan gaji mereka selama enam bulan namun isu itu dapat diselesaikan.

- Bernama

Nearby Location

Food Outlet
Name Distance Direction
Hai Thien Seafood Show Direction